Wednesday, August 27, 2008

Pulanglah Si Tenggang

"Pulanglah Si Tenggang" adalah sebuah sajak yang dibacakan oleh Dr.Razif dalam kelas pada hari rabu. Dalam cerita Tenggang ini, Tenggang yang berasal dari keluarga yang miskin dan hanya dibesarkan oleh ibunya. Namun setelah membesar dia telah pergi merantau di negeri orang untuk berniaga. Setelah beberapa tahun dia telah menjadi kaya dan telah berkahwin dengan seorang gadis kaya. Tetapi dia seorang anak derhaka kerana apabila pulang ke kampung asalnya berasama isterinya, dia menyatakan bahawa dia tidak mengenali ibunya. ibunya yang bersusah payah membesarkannya bersa amat sedih dan kecewa dan akhirnya menyumpahnya menjadi batu.



Pada pendapat saya, cerita ini merupakan satu cerita rakyat mempunyai pengajaran hidup yang amat bermakna. Cerita ini mengajar kita supaya janganlah kita melupakan ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. Selain itu, anak-anak juga harus membayar hutang budi ibu bapa dengan menjaga mereka setelah mereka tua. Sajak yang dibacakan mengenai Si Tenggang amat bermakna bagi semua anak-anak zaman moden. Sekian, terima kasih.

No comments: