
Dr.Razif telah memberikan kami sebuah cerpen yang bertajuk "Rembulan dalam Capucino". Di manakah asal capucino? Inilah soalan pertama yang bermain di minda saya. Saya telah mencari asal usulnya di internet dan inilah yang saya dapati... "The beverage was used in Italy by the early 1900s, and grew in popularity as the large espresso machines in cafés and restaurants were improved during and after World War Two". Saya telah membaca cerita tersebut dan mendapati bahawa cerita itu amat mengelirukan sebab banyak mengandungi unsur misteri. Apakah kaitan rembulan dan capucino? Mengapakah kedua-dua unsur ini dikaitkan dan bukan makanan lain? Namun saya pasti ada jawapan bagi setiap pertanyaan saya. Mungkin ada kaitannya penulis menggunakan kedua-dua unsur ini. Cerita ini membolehkan kita untuk mencari jawapan sendiri kepada persoalan yang diwujudkan dalam cerita itu. Namun begitu, pada tafsiran saya, cerita itu mengisahkan tentang seorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya. Wanita itu pula sebenarnya mencari kebahagian hidup dengan membeli minuman capucino itu. Ia menyebabkannya untuk mencari kebahagiaan kerana kehidupan masa silamnya yang amat pahit. Pada akhirnya wanita itu telah berjaya menukar fikiran dan destinasi hidupnya untuk mencari kebahagiaan dari perspektif yang lain. Ini terbukti apabila wanita itu memulangkan minuman capucino dan bertanya sama ada mereka menjual makanan Soto Betawi. Inilah yang dapat ditafsirkan oleh saya. Kita akan melihat apakah maksud sebenar yang tersirat dalam cerita itu setelah Dr.Razif membincangkan cerita itu.
No comments:
Post a Comment