Wednesday, October 1, 2008

Daya Kreativiti Seorang Guru

Hari ini kami membentangkan teknik mengajar sajak Di Dalam Diriku Ada Hutan. Semua rakan-rakan menyediakan teknik pengajaran yang berbeza. Sebelum membuat latihan ini kami telah diberikan untuk membincangkan tentang makna sajak tersebut di kelas yang sebelumnya.

Tajuknya agak menarik namun bila saya membacanya, saya menafsirkannya sebagai suara hati seorang manusia. Hati manusia yang penuh dengan kekeliruan dan pelbagai pergolakan yang sering mengusik.

Apabila Dr.Razif menyuruh kami membuat pembentangan tentang cara pengajaran, saya rasa keliru. Apakah yang saya harus fokuskan? Adakah maksudnya atau unsur-unsur sastera yang terdapat dalam sajak tersebut? Saya mengambil keputusan untuk mengajar mengintepretasikan maksud sajak. Semua raka-rakan membentangkan teknik pengajaran yang sangat berbeza dan menarik. Namun setelah saya melihat pembentangan semua orang, saya agak tertarik dengan rancangan pengajaran Marrissa dan Illiana yang amat menarik.

Mereka dapat menjadikan pengajaran sastera sebagai suatu aktviti yang akan menarik minat pelajar. Kedua-dua mereka menggunakan daya kreativiti untuk menghasilkan permainan dalam mengajar sajak tersebut. Illiana menggunakan permainan Heart Attack untuk menyusun sajak mengikut urutan yang betul. Pelajar-pelajar sekarang sering berasa bosan untuk mengeluarkan buku dan belajar. Dan saya rasa bahawa aktiviti sebegini dapat mencungkil minat mereka dalam mempelajari sastera. Marrissa pula menggunakan teknik melukis dan Jun pula menggunakan teknik berlakon dalam pengajaran.

Selepas melihat rancangan pengajaran mereka saya sedar bahawa seorang guru seharusnya lebih kreatif dalam menghasilkan rancangan pengajaran. Gurulah yang bertanngungjawab memastikan suatu kelas berjalan dengan menarik. Saya juga sedar saya tidak menggunakan daya kreativit dengan meluas. Sebagai seorang guru pelatih saya seharusnya belajar dari kesilapan dan membetulkannya supaya saya dapat menjadi seorang guru yang baik.

True knowledge exists in knowing that you know nothing. - Socrates

Kenyataan Socrates di atas membuatkan saya lebih matang dan menerima kesilapan atau kekurangan yang telah saya lakukan. Saya juga akan cuba menggunakan daya kreativiti dengan lebih supaya dapat menjadikan kelas saya menarik. Sebagai seorang guru pelatih saya sedar saya masih berada dalam proses pembelajaran. Saya berpendapat bahawa "learning is a lifelong process". Saya akan memperbaiki segala kekurangan dan belajar melalui pembelajaran dan pengajaran.

No comments: