Apakah sbenarnya sastera?
'Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak'.
Pada hari ini saya telah membentangkan topik artikel saya iaitu Cabaran Novel Popular dalam Arus Sastera Perdana yang dihasilkan oleh Zalila Sharif. Artikel ini secara ringkasnya mendorong orang muda untuk menghasilkan lebih banyak karya popular. Namun ini semua ada tujuannya sendiri. Pada masa kini para remaja lebih suka membaca karya popular berbanding sastera serius, oleh itu kita sebagai seorang guru harus lebih menggalakan mereka untuk membaca daripada mereka tidak membaca langsung.
Pada mulanya saya tidak begitu pasti tentang apa itu sastera. Bolehkah karya popular dapat dianggap sebagai sastera? Bolekah saya mengajarnya kepada pelajar-pelajar saya di kelas nanti? Mungkinkah penulis mencari kekyaan dengan menulis karya popular? Atau adakah mereka menulis untuk menggalakan para remaja lain membaca? Pelabagai soalan telah timbul dalam minda saya. Saya tidak dapat memberikan kepastian, namun saya percaya bahawa karya popular sememangnya mendorong pelajar untuk membaca.
Namun pembentangan rakan-rakan seorang demi seroang telah memberikan pengetahuan yang lebih meluas tentang sastera.Saya juga telah belajar bahawa sastera dapat ditafsirkan dengan pelbagai cara. Tidak ada satu jawapan yang betul dalam sastera. Ini adalah kerana sastera mendorong kita untuk berfikir dan menghasilkan satu jawapan yang meyakinkan dengan bukti yang kukuh. Karya popular merupakan satu yang amat dekat dengan para remaja kerana ia sering berkaitan dengan masalah atau pengalaman yang sedang dialami oleh anak-anak remaja. Jadi mereka selalunya membaca karya popular seperti novel untuk mencari jawapan untuk masalah mereka sendiri ataupun ingin tahu apa kesudahan cerita remaja dalam novel tersebut. Inilah faktor yang mendorong mereka membaca.
Saya telah mendapat satu kaedah untuk mendekati pelajar dalam pengajaran sastera. Saya akan menggalakan pelajar-pelajar membaca karya popular, tetapi pada masa yang sama, saya sebagai seorang guru haruslah bertanggungjawab untuk mengajar mereka menerapkan yang baik dan mengelakan yang buruk seperti kata pepatah “ambil yang jernih, buang yang keruh”. Dengan ini, pelajar akan lebih matang untuk membezakan karya yang berkualiti dan menggarapkan mesej yang baik yang mungkin terdapat dalam karya popular.Pelajar juga akan lebih memahami kehidupan dan keperluan dunia nyata untuk meneruskan hidup. Sastera memang merupakan satu pendekatan yang baik kepada ramaja untuk mengetahui makna kehidupan.

No comments:
Post a Comment