Tuesday, August 26, 2008

Permulaan pada saat Pengakhiran..

Permulaan pada saat pengakhiran..mengapa saya telah menamakan tajuknya sebegini? Tajuk ini sebenarnya menerangkan tentang sebuah aktiviti yang telah dijalankan di dalam kelas pada hari pertama kelas Dr.Razif. Kami pelajar-pelajar telah disuruh untuk menulis sebuah allegi tentang diri kami sendiri. "Allegi" apakah allegi? Allegi ialah satu karya penulisan tentang seseorang atau riwayat seseorang yang telah meninggal dunia. Jadi kami semua telah dilatih untuk menulis allegi tentang diri kami dengan menggunakan unsur-unsur sastera seperti, metafora, oksimoron, alliterasi dan kuplet. Saya juga telah menghasilkan sebuah allegi tentang diri saya, walaupun saya tidak dapat mneghabiskannya. Inilah allegi tentang diri saya:



Saya seorang yang sentiasa riang,
Gembira walaupun dalam kesedihan.



Kehidupan manusia adalah seperti sungai yang mengalir,
Mencari jalannya sehingga ke laut,
Susah senang tidak dikira,
Sampai laut berhentilah perjalanan.



Menjadi doktor keinginan saya,
Ingin merawat mereka yang menderita.



Walau di mana pun kita berada,
Tempat lahir lebih diidami.



Pakaian harus sederhana dan selesa,
Tidak kira berjenama apa.

Inilah karya allegi saya. Melalui kelas pertama sastera, saya dan rakan-rakan kelas saya telah belajar untuk menghasilkan sebuah karya yang mengandungi unsur-unsur sastera. Sehingga bertemu lagi. Sekian, terima kasih.

1 comment:

razif said...

Bukan Allegi tapi Eulogy.