Hari ini kami membincangkan artikel Rembulan dalam Capucino sekali lagi. Rembulan O Rembulan...sangat keliru siapakah sebenarnya Rembulan. Semua rakan-rakan memberikan pandangan masing-masing namun saya masih tertanya-tanya siapakah sebenarnya atau apakah yang dimaksudkan dengan Rembulan ini. Namun saya telah belajar hari ini bahawa, dalam pembelajaran sastera, pandangan semua pelajar harus diambil kira tanpa menyalahkannya. Asalkan mereka dapat memberikan bukti yang cukup atau pendirian yang teguh untuk membela pandangan mereka.Selain pendapat persendirian, tertanya dalam kelas hari ini, apakah faktor yang mempengaruhi pandangan saya tentang artikel ini? Baiklah, pada pandangan saya faktor gender atau jantina merupakan satu unsur yang amat penting yang mempengaruhi pandangan saya. Selain itu, faktor persekitaran seperti tempat atau suasana saya membesar juga mempengaruhi pandangan saya. Ini membuatkan saya lebih berpihak kepada watak wanita dalam artikel ini.
Saya sebagai seorang wanita dapat merasakan betapa peritnya perpisahan wanita itu daripada suaminya dan bagaimana dia mencari kebahagian hidup. Penulis juga merupakan faktor bagaimana seseorang watak itu ditafsirkan dalam sesebuah cerita. Baiklah, perbincangan ini telah membawa sedikit pengetahuan tentang gaya penulisan dan faktor-faktor yang mendorong pandangan setiap individu berlainan. Sampai di sini sahajalah penulisan saya untuk sesi ini.
No comments:
Post a Comment