Semalam, saya telah belajar apakah peranan seorang guru sastera. Apakah sebenarnya peranan saya sebagai seorang guru sastera? Soalan ini ditanya oleh Dr,Razif kepada kami semua. Selepas itu, soalan ini tertanya di minda saya...tetapi saya tidak pasti. Namun jawapan yang saya berikan ialah untuk memperkenalkan pelajar dengan unsur-unsur sastera.Adakah benar-benar saya mahu memperkenalkan unsur sastera kepada pelajar-pelajar saya? Bagaimanakah saya boleh membuatkan kelas sastera lebih menarik? Adakah pelajar-pelajar saya akan menunjukkan minat terhadap apa yang saya bakal mengajar mereka? Ahh...banyak soalan yang tertanya di minda saya.
Apa yang dibincangkan dalam kelas semalam, telah sedikit sebanyak membuka pengetahuan saya tentang semua persoalan saya. Guru adalah sebagai seorang pemberi maklumat atau "service provider" dan pelajar pula adalah "consumer" yang membeli perkhidmatan guru. Inilah yang sering diintepretasikan oleh kebanyakan orang namun pandangan ini tidaklah tepat. Guru bukanlah seorang yang sentiasa memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh pelajar. Pelajar juga kadang-kadang harus membuat kajian sendiri untuk mencari sesuatu maklumat. "In education, a teacher is one who helps students or pupils, often in a school, as well as in a family, religious or community setting. A teacher is an acknowledged guide or helper in processes of learning. A teacher's role may vary between cultures".
Pernyataan di atas dapat menerangkan apakah peranan guru secara ringkas. Saya sebagai seorang guru sastera tidak sepatutnya memberikan segala maklumat yang diperlukan oleh mereka sebaliknya menggalakan mereka untuk berfifkir dan mencari jawapan atau jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah. Saya sebagai seorang guru juga harus faham apakah budaya popular dikalangan mereka pada masa terkini bagi mengetahui apakah minat mereka. Melalui pengetahuan guru dapat membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengetahui minat mereka adalah penting untuk kita sebagai guru untuk menarik minat mereka dalam kelas.
"They know nothing ang yet everything"
Pernyataan di atas membawa makna yang amat mendalam dari apa yang hanya dilihat. Sebagai seorang guru yang pernah mengajar di sekolah selama 6 bulan, saya dapat memahami maknanya. Kita selalunya sebagai guru sering berpendapat bahawa pelajar-pelajar kita tidak tahu apa-apa dari segi pengalaman hidup atau pembelajaran. Namun pendapat itu terbukti amat salah kerana saya sedar bahawa banyak perkara yang diketahui oleh pelajar selain belajar di sekolah. Contohnya; cinta (seperti yang telah dikatakan oleh Marrisa). Saya mengajar pelajar menengah 1NA dan saya rasakan bahawa mereka masih kecil. Saya mendapati beberapa pelajar di dalam kelas saya sudah pun mempunyai pasangan cinta hanya dalam masa 2 bulan berada di sekolah menengah.
Oleh itu, kita sebagai guru harus terlebih dahulu faham dengan sikap, kesukaan dan perlakuan mereka sebelum dapat mengajar sastera dengan lebih menarik.
No comments:
Post a Comment