Wednesday, September 3, 2008

Cinta dan Kimia:)

'Puisi Kimia'

Inilah tajuk umum yang telah dibincangkan dalam kelas hari ini. Penulis puisi semakin menjadi kreatif dari semasa ke semasa. Dalam puisi ini penulis telah menggunakan unsur-unsur kimia untuk menerangkan sifat cinta. Pada pendapat saya ia merupakan sebuah puisi yang amat menarik.

'For every action, there is an equal an opposite reaction' - Newton
Namun dalam hal percintaan, bukan pada semua masa kita akan mendapat jawapannya.
Ini kerana cinta tidak boleh diduga. Puisi-puisi sebegini sudah tentu dapat menarik minat pelajar apabila mempelajari sastera. Namun saya sering terfikir apakah cara lain bagi menarik minat pelajar dalam mempelajari sastera. Selain cinta, apakah topik yang akan memikat hati pelajar-pelajar zaman sekarang? Semua soalan ini haruslah difikirkan oleh seorang guru untuk menjadi seorang guru sastera yang baik.

Namun saya telah mempelajari bahawa dalam sastera tidak terdapat satu jawapan yang betul dan tepat kerana sastera adalah mengikut intepretasi seseorang individu. Dengan memberikan pelajar satu panduan atau jawapan guru seolah-olah membantutkan pemikiran pelajar-pelajar.Walau bagaimanapun sebagai seorang guru, saya bolehlah berbincang tentang cinta namun saya haruslah memberikan pelajar-pelajar pendedahan tentang dunia nyata. Sebagai guru, saya juga bertanggungjawab untuk berbincang dengan mereka kebaikan dan keburukan cinta pada usia muda atau sewaktu usia persekolahan. Dengan ini saya dapat memberikan kesedaran kepada pelajar dan sekali gus mengajar sastera dengan lebih menarik.

No comments: